Lirik Lagu Suasana Di Hari Raya - Anuar Zain Dan Elina. Apabila syawal menjelma, lagu raya dilupa jangan, sambil menikmati juadah raya, pulang ke desa boleh mendengar lagu raya untuk memeriahkan suasana hari raya. Jom kita layan lirik lagu suasana di hari raya ini.
 
 Lirik Lagu Suasana Di Hari Raya - Anuar Zain Dan Elina
 A:
 Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
 Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
 Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
 Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
 
 E:
 Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
 Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
 Suasana hari raya walau di mana pun jua
 Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
 
 ( korus 1 )
 A:
 Kuih dan muih beranika macam
 Makanlah jangan hanya di pandang
 E:
 Ketupat rendang sila nikmati kawan
 Penat memasak malam ke pagi
 
 ( korus 2 )
 A:
 Wajik dan dodol jangan lupakan
 Peninggalan nenek zaman berzaman
 E:
 Asyik bersembang pakcik dan makcik
 Hai duit raya lupa nak di beri
 http://liriksemualagu.blogspot.com
 
 A & E:
 Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
 Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
 Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
 Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
 
Sunday, May 13, 2018
Lirik Lagu Suasana Di Hari Raya - Anuar Zain Dan Elina
Cozy Corner is a collection of several blogs including Cozy Corner Health, Cozy Corner Tech, Cozy Corner Song, Cozy Corner Lyric, etc.






0 comments:
Post a Comment