Lirik Lagu yang baik yang disampaikan dengan melodi dan lagu yang berkualiti pasti akan dapat memikat hati pendengar dan pencinta - pencinta muzik tidak kira diperingkat tempatan ataupun peringkat international.
5 Tips Menulis lirik lagu dengan baik adalah:
1. Pilih Tema Lagu
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh penulis - penulis lirik lagu ialah dengan menetapkan tema lagu yang dinginkan. Ini bermaksud lagu tersebut mempunyai jalan kisah yang menarik untuk didendangkan. Boleh mengembangkan peminat - peminat menghayati setiap bait - bait cantik lirik lagu tersebut. Di sini anda dinasihatkan agar berfikiran di luar kotak, banyak tema lirik lagu yang boleh dijadikan tema selain daripa tema percintaan.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh penulis - penulis lirik lagu ialah dengan menetapkan tema lagu yang dinginkan. Ini bermaksud lagu tersebut mempunyai jalan kisah yang menarik untuk didendangkan. Boleh mengembangkan peminat - peminat menghayati setiap bait - bait cantik lirik lagu tersebut. Di sini anda dinasihatkan agar berfikiran di luar kotak, banyak tema lirik lagu yang boleh dijadikan tema selain daripa tema percintaan.
2. Buat Jalan Cerita
Cuba anda sebagai penulis lirik merangka jalan kisah bagi sesebuah lirik lagu. Membuat lakaran dengan menetapkan Pendahuluan, Isi dan Penutup. Menjadikan ianya sebuah kisah yang menarik untuk diketahui daripada mula hingga tamat. Gunakan kertas kosong bersaiz A4, cari kawasan yang damai atau sesak atau dimana sahaja yang boleh mengembangkan anda berfikir untuk menghasilkan lirik lagu. Bahagikan kertas A4 tersebut kepada 3 bahagian iaitu Pendahuluan, isi dan penutup tadi. Setiap bahagian anda isikan dahulu. Isikan apa yang terlintas pada masa itu. Setelah selesai bawa balik ke pejabat atau rumah dan kemudian halusi lagi idea - idea tersebut.
3. Membuat Tajuk.
Setelah selesai merangka kerja, carilah judul dan tajuk yang sesuai. Tahukan anda tajuk yang baik dapat menunjukkan aspirasi kepada keseluruhan lirik lagu. Fahami kisah dari lirik lagu dan kerangka tadi. Anda pasti dapat memikirkan tajuk yang sesuai dengan lirik lagu anda.
4. Tulis Lirik Lagu Anda
Setelah selesai 3 perkara di atas, anda boleh mula untuk menulis lirik, gunakan kata - kata atau perkataan yang sesuai dengan kisah anda, Di sinilah kretiviti anda diharapkan agar dapat melontarkan idea - idea dan perkataan - perkataan yang menarik peminat - peminat anda. Gunakanlah teknik - teknik yang sesuai agar anda dapat melahirkan lirik yang berkualiti dan bukan setakat melepaskan batuk di tangga seterusnya lirik lagu anda dapat dijadikan kajian ilmiah kerana memartabatkan bahasa ibunda.
5. Kemaskan Lirik Lagu
Tips terakhir, rapi dan kemaskan lirik anda, baca perlahan - perlahan agar ianya menepati citarasa anda dan citarasa pendengar. lontarkan perkataan - perkataan itu sesuai dengan ritmanya. agar ianya berkesan di sanubari.
0 comments:
Post a Comment